Hari Kebangsaan Malaysia ke-56
Rt. Rev. Johannes Ginting M.A.IE
Salam Kemerdekaan bagi seluruh warga Malaysia!
Kemerdekaan adalah sebuah mesej Kristus kepada dunia. Hanya Dia yang dapat memerdekakan roh, jiwa dan tubuh manusia dari cengkaman dosa, iblis dan dunia. Kemerdekaan negara hanyalah kebebasan dari segi politik dan pemerintahan semata-mata. Oleh itu, banyak juga negara yang hari ini merdeka dan bebas secara politik namun rakyatnya masih dijajah si iblis durjana, diikat dan dibelenggu oleh dosa serta dibutai keduniaan yang menghancurkan.
Saya dan keluarga pernah tinggal di Malaysia dan kami menikmatinya. Kami tersentuh dengan manisnya budaya Malaysia serta teruja dengan keharmonian masyarkat majmuknya. Namun sebagai hamba Tuhan, lebih dari menikmatinya, kami juga mengimpikan agar negara Malaysia benar-benar mengalami kuasa pembebasan Kristus Yesus sehingga negara ini semakin diberkati dan menjadi alat Tuhan memberkati negara dan bangs yang lain. Dan saya percaya bahawa inilah 'Impian Agung Kristus' bagi Malaysia. Agar setiap suku, bangsa dan bangsa di Malaysia menyembah dan memuliakanNya.
Persoalannya, bagaimanakah Allah dapat menyatakan impianNya kepada rakyat Malaysia? Melalui GerejaNya kerana Gerejalah satu-satunya agen surgawi yang dapat mengimplementasikan hasrat surgawi ini ditengah-tengah dunia yang gelap gelita. Kerana itu, Tuhan menyebut kita garam, ragi, terang yang jika ditinjau secara fungsinya adalah untuk mengubah seluruh adunan (komuniti).
Oleh itu, saya mendoakan jemaat Gereja Presbyterian Amanat Agung Malaysia agar menyedari dan menerima panggilanNya sebagai Pelayan Transformasi bagi Malaysia. Ingatlah, sejarah Gereja membuktikan bahawa Allah mampu mengubah sesuatu kerajaan hanya melalui satu orang yang menangkap visiNya. Sebagai Gereja, kita lebih dari seorang dan mendengarkan panggilanNya, menangkap visiNya, berjalan bersamaNya dan mengerjakan amanatNya, maka Dia akan mengubah negara dan bangsa kita menjadi umat kesayangNya.
Tuhan besertamu sekalian. Soli deo Gloria!
Rt Rev Johannes Ginting M.A.IE
MODERATOR SINODE GEREJA PRESBYTERIAN
KALIMANTAN BARAT, SARAWAK & SABAH
No comments:
Post a Comment
Leave your message