Thursday, October 24, 2013

Isu pemberhentian penggunaan kalimah Allah di Malaysia....

Semua pendeta, penatua, majlis gereja dan warga jemaat diminta kekal tenang dan tidak terlibat dalam mana-mana bantahan mahupun demonstrasi, dialog, debat mahupun membahasnya di mimbar.

Kita sebagai keluarga besar Presbyterian dunia harus mengadukannya kepada Sidang Ilahi di Syurga.

Ingat, bahawa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu mendatangkan kebaikan bagi setiap orang yang mengasihiNya.


Kita dipanggil menjadi umatNya untuk mengasihiNya dan mengasihi sesama kita secara radikal bukan menjadi batu sandungan untuk dunia mengenal rahmat dan kasihNya.

Percayakan pemimpin-pemimpin Kristian yang ada dalam menyatakan wibawa dan autoriti mereka mengurus masalah-masalah negara. Bagi kita gereja, teruskan menginjil, memenuhi panggilan Amanat Agung ke seluruh alam. Jika hal itu menggugurkan sebagai martyr, itu adalah kebanggaan kita.

Berdoalah pada waktu ini, kerana doa orang benar besar kuasanya! Serbu mereka dengan doa, Injil mahupun Misi maka perubahan akan terjadi

Mesej singkat Moderator Gereja Presbyterian Asia Tenggar

No comments:

Post a Comment

Leave your message