Tuesday, April 21, 2015

Pastoral Desk

KE MANAKAH JIWA BAYI YANG MENINGGAL?

Seorang ibu bertanya kepada saya...

Paderi, ke manakah jiwa bayi saya yang meninggal tahun lalu?

Saya menjawab...

Salah satu soalan yang paling sering ditanyakan adalah destinasi jiwa setelah kematian bagi para bayi, kanak-kanak atau pesakit mental atau cacat yang belum mampu menerima Yesus Kristus sebagai penyelamat. Persoalan yang menyentuh emosi ini sudah diperdebatkan sejak masa awal pendirian gereja.

Sayangnya, Alkitab tidak menulis dan membahas perkara ini secara jelas. Maka para ahli-ahli theologi dan pendeta-pendeta tidak sepakat dalam menghuraikan berkenaan permasalahan ini. Walaupun demikian pertimbangan-pertimbangan di bawah diharap mampu memberi gambaran tentang perkara yang membingungkan ini...

1. Raja Daud adalah contoh yang tepat dalam kita melihat betapa sedihnya pengalaman menghadapi kematian seorang anak. Daud memberikan pernyataan yang dapat ditafsirkan sebagai ungkapan mengenai kehidupan kekal para bayi. 2 Samuel 12:23 menulis "Tetapi sekarang ia sudah mati, mengapa aku harus berpuasa? Dapatkah aku menghidupkannya kembali? Aku yang akan pergi kepadanya, tapi dia tidak akan kembali kepadaku."

Apakah maksud Daud mengajarkan bahawa ia akan dipersatukan kembali dengan anaknya di syurga, atau kematian adalah tidak dapat dielakkan bagi seluruh makhluk hidup? Kebanyakan para peneliti Alkitab percaya bahawa isi dari ayat tersebut memberi isyarat bahawa Daud menyedari kematian tidak dapat ditolak dan ayat ini hanya menambahkan sedikit sekali pengertian kita tentang kehidupan kekal bagi para bayi yang meninggal.

Namun sekalipun ada yang percaya bahawa Daud berharap untuk dapat hidup kekal bersama anaknya, perlu ditanyakan apakah pengharapan tersebut sesuai dengan kebenaran Alkitab. Kalaupun mungkin, perkara tersebut tidak dapat dianggap sebagai ajaran mengenai adanya janji keselamatan untuk bayi-bayi, kerana saat itu Daud begitu berduka atas kematian anaknya. Sebagai orang kesayangan Allah, Daud tidak terlepas dari kesalahan.

Selain itu, Daud juga sering memikirkan atau mengucapkan sesuatu yang tidak sesuai dengan kebenaran, contoh-contohnya dapat kota temukan di Mazmur 7, 35, 55, 58, 59, 69, 79, 109, 137 dan 139.

Alkitab secara terbuka merakamkan perasaan Daud dan keinginannya supaya Allah memberikan penghakiman yang adil, namun ada yang berpendapat bahawa ayat-ayat tersebut justeru mencerminkan kepastian janji Allah akan penghakiman orang berdosa.

2. Kita tidak dapat 'dengan mudah' menyimpulkan bahawa anak-anak "tidak berdosa" dan oleh sebab itu mereka terlepas dari penghukuman atas dosa. Alkitab mengajar secara jelas bahawa bayi-bayi berada dalam kuasa dosa dan perlu diperbaharui. Mereka sama seperti semua orang perlu diselamatkan oleh Kristus. (Mazmur 51:5) "Sesungguhnya dalam kesalahan aku diperanakkan, dalam dosa aku dikandung ibuku." Yohanes 3:6 "Apa yang dilahirkan dari daging adalah daging dan apa yang dilahirkan oleh roh adalah roh." Roma 5:14 "Sungguhpun demikian maut telah berkuasa dari zaman Adam sampai pada zaman Musa juga atas mereka, yang tidak berbuat dosa dengan cara yang sama seperti yang telah dibuat oleh Adam, yang adalah gambaran Dia yang akan datang". Dalam Matius 19:14, Yesus memperingatkan supaya jangan ada yang melarang anak-anak datang kepadaNya. Perkara ini menyatakan bahawa seperti orang dewasa, anak-anak pun perlu datang pada Yesus.

3. Saat Yesus mengatakan supaya anak-anak itu datang padaNya, Dia memuji pula kemurnian iman anak-anak itu; "Kerana merekalah empunya Kerajaan Syurga." Walau hal ini mungkin merupakan pernyataan perlunya bersikap dan memiliki karakter yang baik, tapi secara umum juga merupakan penerimaan atas anak-anak. Pengajaran-pengajaran Yesus tentang anak-anak menunjukkan kasih yang sangat dalam juga penghormatan (Matius 18:1-6).

4. Perkataan Kristus mengenai karakter yang seperti anak-anak, bukan merupakan penolakan atas sifat dosa, Alkitab sepertinya mengajarkan bahawa dibanding orang dewasa, anak-anak "relatif tidak berbuat berdosa" (Ulangan 1:39, Yunus 4:11, Roma 9:11)

5. Seorang bayi yang dilahirkan, telah memiliki ( יֵצֶר הַרַע - YETSER HARA, dorongan tidak baik) di dalam dirinya, seperti ada tertulis, "dosa sudah mengintip di depan pintu" (Kejadian 4:7), namun sebagai bayi, tentu saja dia "tidak/ belum pernah berbuat dosa".

Penting dimengerti di sini mengenai 'Dosa Asal'. Ada perbezaan dasar antara "berdosa" dengan "berbuat dosa" --> bayi itu sudah "berdosa" tetapi belum "berbuat dosa". Bayi-bayi, terlahir "berdosa" kerana dosa asal (yang pasti mengakibatkan kematian jasmani) dan dosa warisan; tidak akan menerima hukuman kekal atas dosa, sampai ia mampu berbuat dosa dengan kehendak bebasnya (free will); atau kerana sudah dapat membezakan baik kerana dia sudah memiliki ( יֵצֶר הַטוֹב - YETSER TOV, dorongan baik/ moral conscience/ hati nurani) atau yang buruk ( יֵצֶר הַרַע - YETSER HARA, dorongan tidak baik) itu juga ada di dalam diri manusia, namun demikian manusia sebenarnya diberi kemampuan membezakan dorongan YETSER HARA atau YETSER TOV.

Untuk merangkum kebenaran bahawa seluruh manusia berdosa namun bayi/ anak-anak memiliki keadaan "relatif tidak berbuat berdosa", beberapa ahli theologi membezakan jenis-jenis dosa yang dapat menyebabkan kematian.

Sebagai contoh, dapatkah dianggap bahawa hukuman atas dosa warisan (dosa yang diwariskan dari generasi ke generasi) adalah kematian spiritual/roh (keadaan berpisah dari Allah) yang jika tidak diubah dan ditambah dosa peribadi (dosa yang diperbuat secara peribadi oleh keinginan bebas) mengakibatkan kematian dan pemisahan kekal dari Allah? Apakah hukuman atas dosa asal (yang diperoleh melalui Adam diturunkan pada semua orang - Roma 5:12) membawa kematian jasmani?
Jika demikiaan, perkara tersebut membantu kita mengerti bagaimana anak kecil (lahir dalam dosa, namun tidak berbuat dosa sebagai akibat kehendak bebas/ free will) dapat mengalami kematian jasmani tetapi bukan kematian roh yang kekal.

6. Keselamatan bagi orang dewasa adalah persoalan tentang iman kepercayaan. Yang mana belum mampu dilakukan oleh bayi-bayi. Kerana alasan itu pula, ada yang menetapkan usia tertentu untuk menentukan "kematangan" seseorang. Dapatlah dimengerti pada usia tertentu seseorang dianggap mampu mempertanggungjawabkan kesalahan yang mereka buat. Bukan hanya mampu membezakan sebab dan akibat tapi mampu bertanggungjawab. Usia "matang" ini mungkin berbeza pada setiap individu. Selain itu, orang yang mengalami gangguan jiwa tidak mungkin dapat dituntut tanggungjawabnya.

Walaupun tidak tertulis secara eksplisit di dalam Alkitab, tapi sepertinya tradisi ini berlaku bagi orang Yahudi pada masa awal. Perkara ini pula yang menyebabkan mengapa para rasul tidak mempersoalkan kematian bayi, kerana pada kebudayaan mereka seseorang dianggap tidak bertanggungjawab pada Allah/ perjanjian hingga saat dewasanya, iaitu pada usia sekitar 12 - 13 tahun.

Jika memang terdapat usia yang dianggap matang, sepertinya ada pengecualian bagi bayi-bayi untuk diterima Kristus. Kemungkinan bayi-bayi menerima anugerah tersendiri di mana tidak terdapat aturan baku. Dalam hal ini, kita dapat memohon agar kemurahan Allah untuk keselamatan mereka yang belum dapat mengerti tersebut.

7. Ada yang beranggapan bahawa keselamatan bayi tidak ada hubungannya dengan keadilan bagi anak kecil mahupun keadilan Allah. Namun, mengingat sifat kemurahan Allah kita, dapat kita katakan bahawa Allah tidak mungkin menjatuhkan penghukuman kekal pada bayi.
Pada Kejadian 18, Abraham berbicara pada Allah tentang penangguhan penghancuran Sodom dan Gomorah. Abraham memohon kemurahan Allah, "Takkanlah hakim segenap bumi tidak menghukum dengan adil?" (ayat 25) Bagi Abraham tidak mungkin Allah menjatuhkan hukuman pada mereka yang tidak layak menerimanya. Ia mencabar Allah sebagai hakim yang adil pastilah melakukan perkara yang benar. Sebagai jawapannya, Allah berjanji tidak akan menghancurkan kota itu jika didapati sepuluh orang benar yang tidak berbuat kejahatan. Sayangnya, tidak terdapat sepuluh orang benar di sana. Walaupun demikian Allah membuktikan kemurahannya dengan menyelamatkan Lot dan anak-anak perempuannya dari kehancuran.

Kesimpulan: 

Selama berabad-abad pertanyaan mengenai keselamatan bayi-bayi telah diperdebatkan secara emosional. Perdebatan ini berlangsung terus kerana pada kenyataannya penulis Alkitab tidak secara eksplisit mengungkapkan hal ini.

Melalui berbagai pertimbangan dapatlah dikatakan bahawa ada pengharapan bagi keselamatan bayi-bayi. Kesimpulan saya, walaupun hal tersebut tidak diajarkan secara eksplisit, namun mengingat sifat Allah yang adil, ada kepastian untuk keselamatan bayi. Dan dengan kerendahan hati, kita memuliakan Tuhan kita yang pasti tidak terpisah dari keadilan.

No comments:

Post a Comment

Leave your message